- Jangan
terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta
mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
- Terimalah
hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada
perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan
menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana
orang lain tidak ambil peduli.
- Jangan
fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan
yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda
lakukan.
- Terimalah
hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap
masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa
menentukannya.
- Jangan
fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
- Terimalah
hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan
kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini
tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
- Jangan
memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda,
mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
- Terimalah
hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda
mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
- Jangan
fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
- Terimalah
keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar
daripada diri anda.
- Bersimpati
terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
- Jangan
fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri
seseorang adalah terlalu penting.
- Terimalah
hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat
berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah
kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.
- Jangan
fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
- Terimalah
hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara
dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu
berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan
berkelakuan hilang sabar.
Jumat, 29 Juni 2012
15 Cara Untuk Mengembangkan Rasa dan Sifat Sabar
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar